Tuesday, November 22, 2011

Banyak Kerja Perlu Dilaksanakan

 Ya ALLAH...rasa seakan tidak mampu melaksanakan semua kerja itu dengan serentak pada minggu ini. Bantulah hambaMu yang lemah ini ya Rabbi. Minggu ini, saya perlu siapkan penulisan ilmiah(kajian kes),buat draf almanac Da'wah&Tarbiah Mahallah Asma' serta sebarkan maklumat mengenai qiblat yang baru. Ada niat jua untuk menyiapkan wajibat Intro To Fiqh dan mulakan sikit bahath asbab ikhtilaf.

Alhamdulillah, ahli kumpulan saya untuk penulisan ilmiah ( Ainina,Asiyah&Ameer ) banyak membantu.Kami kumpulan 4A...perasankah anda?hehe =D! InsyaALLAH, tidaklah merasa beban. Qiblat yang baru lak, 1hari mampu buat 2blok sahaja pasai ahli BRC yang membantu hanya 2org sahaja setiap hari. Tidak mengapa..yang penting,kerja itu tetap berjalan. Almanac?Pening gak kepala nak fikir pasai shbt2 BRC mcm xde ms lapang yg sama. Tapi,akan ku bersemangat sentiasa! Permudahkan urusanku ya ALLAH.

Subjek Fiqh...sabar dulu ye. Rsnya,xmampu kulaksanakannya.Yang penting, siapkan perkara paling utama. Kita kena pandai susun perkara2 yg kita nk buat dlm rangkaian utama dan paling utama. Kita jangan mudah mengalah dan berputus asa..kn ALLAH tidak suka hambaNya yg lemah ^_^! Akhir kalam,kumemohon padaMu ya ALLAH bantulah diriku dalam melaksanakan semua perkara yg banyak itu...Amin. 

Friday, November 18, 2011

inDaHnya luangkan masa bersama kalian ^_^

Bingkisan ini khas ditujukan kepada sahabat2 seperjuangan BARB ku iaitu Ainina, Asiyah, Amirah, Syamimi, Salihah& Fadhliana

Alhamdulillah, kita ber7 sanggup meluangkan masa bersama di musolla Asma'-Hafsah demi menuntut  ilmu&berkongsi cerita =). Memang kami plan untuk tidur di sana pun pasai stdy dr lewat mlm smpailah ke awal pagi..sebab sbjk QPT punya pasal =D! Exam 20markah yang mendebarkan kami semua. Lagi lak,subjek ini ialah subjek terakhir utk mid-term..yes3X but Final Exam is coming...huhu. Memang kena buat banyak persediaan. If i'm not mistaken, semua bawa bantal kecuali asiyah( tapi asiyah share bantal dgn saya). Lagi, bawa makanan&minuman..perkara"wajib" utk stdy lewat malam agar sentiasa rasa fresh. Pape,kami sempat discuss hadith ke-2 dgn surah Al-An'am sahaja (totally complete). Yang lain2,ada sentuh gak tapi tidak secara menyeluruh. Kira satu langkah membina la kn pasai org lain nyenyak tidur tapi kami mujahadatinnafsi untuk gunakan masa malam e2 dgn munaqashah..Alhamdulillah. Akhir kalam,indahnya luangkan masa bersama kalian =)! Sama2 kita belajar..yang arif, terangkan pada semua & yang memahami,tlg check kata2 si dia..tidak ketinggalan,yang tidak memahami haruslah dapat menangkap penjelasannya. Sama2 kita membantu! Munaqashah ilmu lagi ya..for next time,other subject...insyaALLAH ^_^

Wednesday, November 9, 2011

Tell Me Why by Declan Galbraith

 * When so many need somebody,we don't give a helping hand

 * Why do we never learn?

 * Laughter is the language of the world

 * All I see is a world full of people in need 

 * Does it have to be like this?

 * Why do we pass the blame?

Monday, November 7, 2011

Soal Jawab bersama Professor Serba Tahu

1)  SoalaN    : Kenapa orang perempuan suka beli barang kemas?
     JawapaN : Nak tolong lelaki jugak...sesak-sesak boleh masuk pajak gadai 


2)  SoalaN    : Apa jadi kalau manusia boleh makan batu?
     JawapaN : Tak ada 'can' lah harga ayam,sayur nak naik!


3)  SoalaN     : Kenapa tiap2 kali musim raya ada yang putus kaki tangan?
     JawapaN  : Sebab diaorang belum putus kepala!


* Sumber daripada Gila-Gila ( Majalah Humor Nasional )

Sunday, November 6, 2011

Mohon keTEGUHan Hati dalam IMAN

   { رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً ، إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ }


Wahai Tuhan kami ( ya ALLAH ), janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau memberi petunjuk kepada kami dan kurniakan ya ALLAH kepada kami, rahmat dari sisi Engkau kerana sesungguhnya ALLAH tidak menyalahi janji.

* Sumber dari AL-QUR'AN ( Surah Ali Imran : ayat 8 )

Saturday, November 5, 2011

Nikmatnya CUTI

C.U.T.I...atau H.O.L.I.D.A.Y...   Ya ALLAH,nikmatnya anugerah ini! Siapa tidak suka akannya?Masa inilah,kita akan berehat seketika drpd rutin harian. Selain berehat,kita juga perlu kumpulkan kembali tenaga untuk dikerahkan semula apabila cuti telah tamat.Hmm..siapa cakap cuti hanya untuk berehat?! Orang yang cakap sebegini mungkin tersalah tafsir.Tidak mengapa,mari kita perbetulkan bersama =)! Contohnya sebagai seseorang yang bergelar mahasiswa/i, masa cuti amatlah bernilai. Bernilainya dari 3aspek yakni keluarga,diri sendiri dan pembelajaran. Mengapa saya berkata sedemikian?Pertama,KELUARGA.Masa cutilah,kita akan pulang menjenguk keluarga..saat itu pasti banyak perkara yang perlu kita lakukan. Kedua,DIRI. Diri sendiri perlukan masa untuk berehat tetapi tidaklah rehat secara total..hanya rehat sebentar saja. Ketiga,PEMBELAJARAN. Masa cuti,kita akan ada banyak masa daripada biasanya. Jadi,kita punya kesempatan untuk ulangkaji sebaik mungkin. Akhir kalam..Terima Kasih ya ALLAH kerna memberi kami rasa nikmatnya cuti. Jadi,kita harus menggunakan masa cuti dengan sebaik mungkin ^_^!

Sunday, October 23, 2011

Hari Permulaan

Mulakan... بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله , akhirnya ana dapat mencipta blog. Hasrat dalam hati telah dapat dilaksanakan. Pada awalnya,ana agak pening memikirkan tajuk blog ini...berlegar-legar idea dalam kotak fikiran. Tetapi akhirnya, muncul "Curahan Kebahagiaan" setelah berfikir sejenak. Tajuk ini amat dekat dekat jiwa ana. Ini kerana ana akan berasa nikmatnya bahagia apabila dapat membahagiakan orang lain walaupun ana sedang berduka atau melihat orang lain bahagia walaupun bukan ana yang membahagiakan orang tersebut.Ya ALLAH,nikmatnya bahagia itu padaku ^_^!